Saturday, September 21, 2013

STRESS, PLEASE GO AWAY.


Bila nak dekat final, mula la semua masalah datang. First masalah mesti la pasal final paper kan, aku paling risau subject yang membaca baca ni dohh. Subject paling gua lemah sekali laa tapi yang lain tu InsyaAllah okay. Harap haraplah kan. Pastu masalah aku yang kedua ialah pasal the one that I love so much. Mamat uh bila final je nak buat hal, mana aku tak stress. Bila aku perlukan sokongan dia, dia mesti tak ada dengan aku. Dia cuma tahu nak happy happy, enjoy dengan member je. Dia tak fikir la pasal hidup dia, tu yang aku risau pasal dia. And one more thing, dia tak pernah nak hargai apa yang aku pernah buat untuk dia. Dia selalu fikir yang aku ni menyusahkan hidup dia, dia cakap dia nak kebebasan. Fine! I give him kebebasan, tapi apa yang dia buat dekat aku? Dia pergi menggatal belakang aku, macam tu kebebasan yang dia nak? Sampai bila dia nak berfikiran macam budak kecil? Sekarang dia dah 20 tahun, sepatutnya dia yang bimbing aku, bawak aku ke jalan yang benar. Bukan aku yang bimbing dia, ingat solat dia, ingat study dia. Baik aku yang jadi lelaki kalau macam tu. Kan?

And one more thing that I'm so stress about him is he lied to me. Dia tahu kan yang aku tak suka sangat kalau dia menipu aku, tapi dia still buat kesalah yang sama everyday, everytime. Bila tegur, okay laa kejap. Lepastu buat balik, and dia always nak salahkan aku. Semua apa yang aku buat, aku tegur dia. Semuanya salah. Bila dia dah marah, dia dah tak fikir dah perasaan aku. Dia main sembur sesuka hati je. Kalau aku buat benda yang dia tak suka, dia cakap jangan buat aku makin benci kau tapi kalau dia buat benda yang aku tak suka, aku takkan pernah cakap yang aku benci dia tapi aku always cakap yang aku sayang dia, tak pernah nak maki dia, aku maafkan dia cara baik, tegur cara elok. Tapi kenapalah dia layan aku macam sampah je macam ni? Setiap akhir sem dia akan buat sama mistake. Sebelum sebelum ni dia kantoi dengan aku, aku play it cool je. Dia kantoi mesej dengan perempuan lain, aku settle elok elok dengan perempuan tu. Tak ada pulak aku pergi cara pasal dengan that girl tapi kalau dia? Dia mesti nak settlekan cara gaduh, nak bergaduh jelaa dia. After semua dah jadi macam ni, baru aku sedar yang betul ke dia sayang aku? Or aku ni just perempuan yang menyebuk je dalam life dia? Hmm. Sekarang aku nak didik diri aku supaya tak jumpa dia dan sabar je melayan kerenah dia.

And aku cuma mampu berdoa sahaja, supaya one day nanti dia sedar yang dia perlukan aku dalam hidup dia dan akan hargai aku, macam mana aku hargai dia sekarang. Bila aku dah pergi jauh dari dia nanti, baru dia rasa kekosongan dalam hidup dia. Hmm, waktu tu aku dah tak boleh nak teman dia lagi. Aku dah pergi jauh, dah tak boleh nak jaga dia. Sekian, Assalamualaikum :')