Friday, September 27, 2013

Final Final.

Assalamualaikum, pejam celik pejam celik dah sampai minggu final dah. Sekejap je masa berlalu tanpa kita sedari. Sem 5 ni student yang balik paling lewat ialah budak elektrik dan civil. Sedihh oi. Sayang aku pun balik awal, tak tunggu aku sebab lambat sangat. Dia last paper pun 3/10 ni dan aku habis 11/10. Memang lama laa nak tunggu kan tapi yang bestnya aku sem ni, gap untuk study untuk setiap paper lima hari jugak la. So Alhamdulillah, tak ada la rasa macam rush sangatkan cuma habis lambat , tu jelaaa.

Aku harap sangat sem ni pointer aku tak turun macam sem lepas, tak boleh jadi dohh. Kalau turun gak, habis laaa aku. Kena bebel dengan mama, papa. Mesti dorang kecewa doh dengan aku. Member member aku semua hebat hebat tapi aku jelaa yang paling teruk, parents aku lak suka macam banding bandingkan dengan dorang. Hmmm. Tu paling sedih laa kan, tapi nak buat macam mana salah diri sendiri. Tapi InsyaAllah, sem ni pointer aku okay. Korang semua doa doakan laa aku okay ? Okay laa, sekian. Terima kasih kerana melawat blog aku yang tak seberapa ni :)